Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) ini telah direkabentuk untuk menghasilkan pelajar yang berpengetahuan luas dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang elektronik berasaskan teknologi komputer. Pelajar juga didedahkan dengan pengetahuan asas elektronik yang meluas dalam bidang kuasa, telekomunikasi, kawalan, instrumentasi dan juga komputer yang dapat menghasilkan graduan yang berkebolehan dan masih menitikberatkan area pengkhususan mereka.
Para graduan ini bakal mempunyai peluang kerjaya yang cerah dalam bidang teknologi komputer. Penggunaan alatan elektronik dalam peralatan berasaskan komputer pada masa kini sangat memerlukan juruteknik berkemahiran dan terlatih. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) daripada Politeknik membekalkan graduan dengan keperluan kemahiran teknikal yang diperakui dan diiktiraf dalam bidang Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) membekalkan graduan dengan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kejuruteraan elektronik dengan pengkhususan dalam bidang pengkomputeran. Kemajuan moden bidang pengkomputeran dan elektronik yang terus menjadi tumpuan utama badan-badan organisasi membolehkan para graduan mempunyai prospek kerjaya yang luas dalam indusrti seperti:
Pegawai Pendaftaran
ALAMAT:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Hi-Tech Park,
09000, Kulim Kedah Darul Aman04-4033333 (samb. 2166)
Email Address:
[email protected]
PEGAWAI PENDAFTARAN:
En. Mohd Azam Bin Azmi :+6013-3707407
En. Mohd Rizwan Bin Elias :+6018-4668134
PEGAWAI PROMOSI:
En. Anuar Bin Jusoh :+6012-3790435