Diploma Pemasaran melengkapkan pelajar dengan pengetahuan asas serta pemahaman teknikal yang kukuh dalam bidang pemasaran. Ia bertujuan untuk meningkatkan keupayaan pelajar dalam melaksanakan tugas pemasaran seperti menyedia dan menyelia campuran pemasaran, menganalisis kelakuan pengguna, mengkaji pasaran, mengolah dan meyampaikan idea dan strategi, mengaturacara dan pameran produk. Pelajar juga diberi pengetahuan asas dalam bidang perniagaan termasuk pengurusan, perakaunan, ekonomi, keusahawanan, pengiklanan, statistik, peruncitan, perundangan, pemasaran digital dan teknologi. Kemahiran penggajian seperti komunikasi, kepimpinan, pemikiran kreatif dan kritis serta keyakinan diri ditingkatkan melalui kursus Bahasa Inggeris dan aktiviti pelajar. Aspek-aspek insaniah ditekankan melalui kursus agama dan moral bagi melahirkan insan yang seimbang.
Kajian kes dan projek berkumpulan memfokuskan kepada kemahiran analisis dan menilai pasaran, penentuan pasaran, membuat keputusan serta menyedia pelan pemasaran bersepadu. Latihan industry selama enam bulan meningkatkan kemahiran dan pemahaman pelajar tentang pemasaran dalam perniagaan selain melengkapkan persediaan mereka ke alam pekerjaan.
Graduan Diploma Pemasaran mempunyai banyak pilihan kerja di syarikat tempatan dan multinasional dalam pelbagai industry menarik termasuk logistik, hospitaliti, kewangan dan insurans, telekomunikasi, peruncitan dan pemborongan, pengiklanan, dan organisasi media. Bidang kerjaya yang boleh diceburi adalah:
Pegawai Pendaftaran
ALAMAT:
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar
Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Hi-Tech Park,
09000, Kulim Kedah Darul Aman04-4033333 (samb. 2166)
Email Address:
[email protected]
PEGAWAI PENDAFTARAN:
En. Mohd Azam Bin Azmi :+6013-3707407
En. Mohd Rizwan Bin Elias :+6018-4668134
PEGAWAI PROMOSI:
En. Anuar Bin Jusoh :+6012-3790435