PERMOHONAN PENDAFTARAN JOM MASUK POLI


POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRIK

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Kejuruteraan Elektrik direka bentuk untuk meliputi disiplin ilmu kejuruteraan elektrik semasa, dengan pengkhususan tambahan elektronik yang digunakan dalam bidang kejuruteraan elektrik. Asas elektronik yang meliputi bidang kuasa, kawalan, instrumentasi dan komputer memberikan fleksibiliti kepada para graduan, sambil menekankan bidang pengkhususan.

Graduan ini dijangka akan berkhidmat dalam bidang kejuruteraan elektrik. Penggunaan peralatan elektrik dan elektronik hari ini memerlukan juruteknik yang mahir dan terlatih yang diperlukan untuk cabaran baharu ini. Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia melengkapkan graduannya dengan kemahiran teknikal yang diiktiraf.



PROSPEK KERJAYA

Di Sektor Awam, pekerjaan ini terdapat di Jabatan Kerja Raya dan lain jabatan yang berkaitan dengan pembinaan dan bangunan. Disektor swasta pula jawatan ini terdapat di Tenaga Nasional Bhd, Syarikat Telekom (M) Bhd, di kilang-kilang terutama sekali disektor pembuatan, telekomunikasi, kilang, loji dan lain-lain. Mereka boleh menjadi juruperunding bertauliah dan menjadi usahawan sendiri.

Pekerjaan Yang Dikelas Dibidang Ini Diantaranya:

  • Juruteknik Voltan Tinggi
  • Juruteknik Kuasa
  • Juruteknik Penghantaran Kuasa Elektrik
  • Juruteknik Penganggar

  • Industri Perfileman
  • Pencahayaan


  • Pegawai Pendaftaran

    ALAMAT:
    Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Pembangunan Pelajar
    Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kulim Hi-Tech Park,
    09000, Kulim Kedah Darul Aman

    04-4033333 (samb. 2166)

    Email Address:
    [email protected]

    PEGAWAI PENDAFTARAN:
    En. Mohd Azam Bin Azmi :+6013-3707407
    En. Mohd Rizwan Bin Elias :+6018-4668134

    PEGAWAI PROMOSI:
    En. Anuar Bin Jusoh :
    +6012-3790435